ahli lelap mahu tunjuk hebat
dalam diam memasang pukat
pelan pelan menabur ayat
gelak sinis lihat si keparat
perangai tak ubah macam pantat,
bermain api dalam selimut
bila terbakar mulalah kalut
merangkak rangkak minta dibalut
lagak tak ubah, memang pengecut
bermuka muka cuma melukut,
si arjuna cuba berlagak sopan
mahu difikir hero yang tampan
sogokkan senyum kononnya menawan
sudahlah pujangga hentikan lakonan
tidak kau lihat sinisnya jelingan
terngiang lagi segala penghinaan
masih terbayang nanah busuk kau taburkan
apa kau fikir dia tertawan?
lemparkan saja panorama berbeza
yang kotor jelik boleh disua
tiada madah harungkan saja
yang dibakar bukannya pelita
kau bangkitkan syaitan dalam dirinya.
hakhak..
bila gua tengok balik,
ReplyDeleteblog lu ni mmg semuanya puisi..
hakhak...
fynn jamal do...
cube bgn pagi, lu tgk lagi skali, hakhak
ReplyDelete