dia bukan golongan bangsawan
bukan ahli politik
mahupun orang kenamaan
kerjanya biasa sahaja
jerit perih untuk keluarga
dia orang kita
dia lelaki pertama.
dia jarang ucap sayang
jarangjarang ada di rumah
apatah lagi memanjakan
kadangkadang baran, selalunya pendiam
dia tetap lelaki pertama.
tak pernah kenal wataknya
tak pernah tahu apa kesukaannya
duduk berdua senyap sahaja
makan bersama tak pernah juga
dia memang sukar dibaca
tapi dia lelaki pertama.
kadangkadang aku bingung
semuanya berantakan serba tak kena
diamdiam
dalam hati salahkan dia
walau dia lelaki pertama.
mungkin betul kata orang
bila hilang baru mencari
walau tak kenal tetap terasa.
kau lelaki pertama
saat ini aku sungguhsungguh ingin jumpa
mustahil,
tapi aku tetap mahu..
kerana babah, aku sangat rindu.
bukan ahli politik
mahupun orang kenamaan
kerjanya biasa sahaja
jerit perih untuk keluarga
dia orang kita
dia lelaki pertama.
dia jarang ucap sayang
jarangjarang ada di rumah
apatah lagi memanjakan
kadangkadang baran, selalunya pendiam
dia tetap lelaki pertama.
tak pernah kenal wataknya
tak pernah tahu apa kesukaannya
duduk berdua senyap sahaja
makan bersama tak pernah juga
dia memang sukar dibaca
tapi dia lelaki pertama.
kadangkadang aku bingung
semuanya berantakan serba tak kena
diamdiam
dalam hati salahkan dia
walau dia lelaki pertama.
mungkin betul kata orang
bila hilang baru mencari
walau tak kenal tetap terasa.
kau lelaki pertama
saat ini aku sungguhsungguh ingin jumpa
mustahil,
tapi aku tetap mahu..
kerana babah, aku sangat rindu.
No comments:
Post a Comment